Friday, April 9, 2010

MELAYU MUDAH LUPA

MASIHKAH ANDA INGAT yang perwakilan parti MIC pernah menghina mantan Perdana Menteri. Sesungguhnya, ucapan perwakilan MIC Paya Besar, M. Sukumaran yang mencadangkan agar gambar Dr. Mahathir dikalung selipar sebagai melampau, biadap dan tidak boleh didiamkan.

MASIHKAH ANDA INGAT. HARAP-HARAP ORANG MELAYU TIDAK MUDAH LUPA!


APAKAH BENAR DR. MAHATHIR TIDAK BERBAKTI KEPADA KAUM INDIA?

Persoalan, apakah benar Dr. Mahathir tidak berbakti kepada kaum India seperti yang didakwa oleh Samy? Sudah tentu jawapannya tidak benar. Ramai yang tahu bahawa di zaman kepimpinan beliaulah, peningkatan ekonomi dan sosial masyarakat India begitu ketara.

Makin ramai orang India berjaya dalam pelbagai bidang profesional antaranya guaman dan perubatan. Rumah ibadat untuk kaum India juga tumbuh bagai kan cendawan selepas hujan. Namun kerajaan tidak boleh memuaskan kehendak semua kaum. Jangan lupa bahawa lebih ramai orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin dan keciciran, jauh lebih besar jumlahnya seperti yang disahkan menerusi Laporan UNDP.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Awang sempat meneliti banyak keratan akhbar lampau. Satu demi satu Awang terbaca pujian Samy terhadap sumbangan Dr. Mahathir. ''MIC akan sentiasa mengenang jasa Dr. Mahathir," itulah antara kenyataan beliau pada 2003 berhubung campur tangan Dr. Mahathir ketika itu bagi menyelesaikan isu gaji bulanan pekerja ladang dan membina semula sekolah Tamil yang usang.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Sepanjang menjadi Menteri kabinet, semua orang tahu bagaimana Samy selalu dipertahankan oleh Dr. Mahathir dalam isu-isu tertentu, walaupun ramai mencebik muka tanda tidak setuju. Strategi Mahathir memperkasakan Samy juga boleh dilihat sebagai tanda beliau menyokong MIC dan masyarakat India.

Ramai juga yang senyum sinis apabila melihat aksi Samy yang kerap menyuap juadah ke mulut Dr. Mahathir pada majlis perayaan dan mengalungkan bunga malai termasuk pada setiap kali malam keputusan pilihan raya umum. Apakah Samy sudah menjadi kacang lupakan kulit bahkan sengaja menafikan sumbangan Dr. Mahathir?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Tetapi Samy belum terlewat. Pintu kemaafan masih terbuka. Sewajarnya beliau menemui negarawan itu meskipun Dr. Mahathir telah mengulangi kritikannya kelmarin dengan menyatakan Samy menjadi liabiliti kepada BN. Setidak-tidaknya apabila Samy bersara, beliau akan dihormati oleh ahli-ahli parti komponen BN. Jangan lupa Samy lebih banyak musuh terutama dalam politik MIC itu sendiri dan karisma serta jasa beliau tidaklah sebesar apa yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir.



- Awang Selamat 20/09/2009 UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment