Kunta-Kinte Original: Melayu tak boleh tolak ansur hal-ehwal Islam
2010/04/16
MINGGU ini, Kunta Kinte nak cakap sikit lagi mengenai orang Melayu yang selalu sangat tolak ansur atau disuruh tolak ansur sampai rugikan bangsa sendiri. Kunta Kinte bukan kata orang Melayu kena jadi perkauman tapi fikirlah dulu bila hendak bertolak ansur.
Apa lagilah kalau tolak ansur itu babitkan hal agama. Ini orang Melayu kena ingat kerana bila kita cakap hal Melayu, sikit atau banyak kita mesti cakap hal agama Islam juga sebab orang Melayu itu sewajibnya Islam.
Sedihnya sekarang, dah tak jadi macam itu. Ramai orang Melayu malas berfikir, tak tahu berfikir dan lepas itu takut atau malas bersuara. Dengan bangsa sendiri pun tak mahu bersuara apatah lagilah dengan kaum lain.
aduhai bangsaku, mungkinkah bangsaku akan lenyap dan hilang didunia ini! terus hilang tanpa jejak, tanpa nisan!
Ada orang Melayu yang malu mengaku Melayu sebab mereka sudah berjaya. Mereka malu dikaitkan dengan bangsa Melayu sebab ramai lagi saudara sebangsa mereka yang miskin dan daif. Tetapi mereka lupa, yang orang-orang Melayu yang sudah berjaya macam merekalah yang menyebabkan orang-orang Melayu yang lainnya terus kekal miskin dan daif.
Ada pula yang hanya nak jadi Muslim dan tolak identiti bangsa kononnya sayang kepada bangsa, utamakan bangsa dan perjuangan hak bangsa adalah bercanggah dengan Islam. Ada juga yang mengaku Muslim dan Melayu tapi dalam rumah ada tempat hidang arak dan bilik khas simpan arak. Bolehkah kita harapkan golongan ini menjaga kepentingan bangsa atau golongan inilah yang menyebabkan kemusnahan bangsa?
Kalau Jamil Khir betul-betul jaga hal-ehwal agama Islam dan pakar dalam hal agama, dia wajib bagi nasihat dan pandangan yang betul kepada Perdana Menteri. Jangan jadi menteri agama ‘ya tuan’.
Islam adalah agama Persekutuan Malaysia dan majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Jadi eloklah apa-apa pun urusan, rundingan atau konsultasi antara agama dipimpin seorang Islam. Bukan Islam pada nama, tapi Islam pada ilmu dan amalan.
Tak kiralah apa bidang kuasa jawatankuasa itu, tapi yang wakili Islam itu wajiblah pakar dalam hal-ehwal agama dan ada kewibawaan.
Jangan fikir jawatankuasa perundingan antara agama yang dianggotai oleh orang tak ternama atau orang tak berkuasa tak penting. Pandangan mereka masih boleh pengaruhi Kabinet kerana dalam Kabinet bukan semuanya Islam dan yang Islam pun, bukan semuanya betul-betul tahu mengenai Islam. Kalau ada yang betul-betul tahu dan faham mengenai Islam pun, mereka itu terlalu takut untuk bersuara untuk menyatkan apa yang benar dan apa yang tidak benar!
Oleh itu orang-orang Melayu dan umat Islam Malaysia kena balik berfikir semula, kalau tidak maruah dan dot, dot, dot. kita menjadi tercalar, tercemar dan ....

No comments:
Post a Comment