Monday, May 24, 2010



tajuk thread ini membuat saya tersenyum.. kalau click kat google keyword melayu.. kuar benda-benda yang tak senonoh.. ini menunjukkan rendahnya martabat Melayu dan bangsa melayu itu sendiri dihina sebegini rupa.. dan kita masih ok dengan keadaan itu.. memang kita rasa agak marah.. tapi hanya mampu marah tanpa berbuat apa-apa.. “ok aje.. boleh gak aku tumpang tengok..”

Marah dan meruap-ruap bila bangsa lain hina Melayu.. buat demonstrasi.. guna undang-undang.. nak bergolok berparang.. tapi hanya hangat-hangat taik ayam.. pastu sejuk.. dan melayu masih juga Me Layu..

Jika kita kaji semula sejarah Melayu ini kita ni jenis bangsa yang mudah lalai dan mudah melatah.. dari dahulu kita dijajah.. lepas tu kita memberontak menentang penjajah itu.. berkali-kali.. dan beratus-ratus tahun.. dari Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan sekarang tanpa disedari, you know who sedang menjajah kita.. dan yang teruknya.. kita rasa seronok je dengan keadaan ni.. seolah-olah kita diberi ubat pelali dan dadah.. rasa seronok dan selesa je..

Bayangkan apa yang akan berlaku pada melayu pada 20 tahun akan datang di mana umur kita semua dah kebanyakannya dah nak expired.. yang tinggal anak anak kita sahaja yang tak tahu ke mana hala perjuangan melayu yang sebenarnya..

Pada tahun 2002 kajian telah di jalankan oleh kerajaan kita diseluruh malaysia mengenai ekonomi melayu.. dukacitanya mendapati bahawa tahap ekonomi melayu pada masa itu adalah di paras buku lali.. pada hari ini pula tahap ekonomi melayu pada paras tapak kaki..(makin rendah.. paling bawah.. heheh..) Malaysia telah di kuasai oleh bangsa lain kerana bangsa lain itu telah memonopoli ekonomi Malaysia.. yang bestnya sekali lagi kita dok rasa seronok je.. sedangkan kita majoriti di negara sendiri.. kita pengguna terbesar di negara sendiri.. kita pengeluar wang terbesar di negara sendiri..

Dua tahun lepas.. pernah saya berbual dengan pengerusi persatuan you know who.. yang mana di bawah persatuannya mempunyai aset berbillion-billion USD.. beliau ada mengatakan.. “you know what aa.. i believe one day who ever become prime minister after Pak Lah.. will be the last malay prime minister.. because u know what aa.. we control this country maa.. we can do what ever we want.. even your kids wanna go to university.. we also pay ma.. who are the biggest tax payer in this country.. we maa.. who own the business in this country.. we ma..” kecik-kecik je saya tengok dia tu.. rasa nak pegi tumbuk je.. tapi nak buat camne.. apa yang dia cakap tu semuanya benar.. dan saya kena telan apa sahaja yang dia cakap tu.. with money.. they can do everything.. which is something that we dont have.. sedih sungguh..

Ada rasa terdetik nak buat sesuatu untuk membela bangsa.. tapi tak tahu ke mana hala.. bila negara dah dikuasai oleh bangsa lain (sampaikan jamban umah kita pun hasil dari tangan dorang..) kita mula tersepit.. nak lawan tak dah tak boleh.. sebab kebergantungan pada mereka..
huh.. kalau nak cerita bab melayu nih.. memang tak habis..
sebab cerita pun tak guna,
mati anak cina,
nak buat camna,
kena dengan suasana..

tapi at least saya boleh berbangga dengan something..
lebih kurang 90% banduan dalam penjara adalah melayu..
kes buang anak terbanyak.. melayu..
kes rempit dan ragut.. melayu..
merosakkan harta benda awam.. melayu..
demonstrasi.. melayu..
kes rogol dan sumbang mahram terbanyak.. melayu..
penganggur terbanyak.. melayu..

cayalah melayu..

Pernah saya berborak dengan satu bapa ayam (bukan saya melanggan k.. tapi kebetulan kawan saya sorang along.. berkawan ngan bapa ayam tu.. kami pegi minum kopi..) so.. saya tanya dia.. ayam apa paling mahal sekarang.. dia cakap.. ayam dari russia (actually dari negara-negara Balkan.. tapi dia tak tahu nak cakap..) then ranking no.2 ayam dari asia.. so.. saya tanya dia lagi.. ayam melayu berapa.. dia cakap.. ayam melayu paling murah.. dan ada diskaun lagi.. saya tergelak.. saya tanya kenapa.. dia jawab.. boleh dapat free maa.. kalo keluar modal pun.. belanja makan kedai mamak je.. dah boleh dapat.. saya tersenyum aja.. walau dalam hati memaki hamun bapak ayam tu.. betapa rendahnya maruah bangsa melayu sehingga diletakkan sebegitu.. (this is a fact ok.. and it happen to our society right now..)

saya bercakap ni sebab saya ni suka memerhati.. memerhati dari setiap sudut dan setiap segi.. baik dari sosial, politik, agama, IQ, ekonomi, spiritual, emotional dan fizikal.. dan paling penting sekali adalah sebab saya ni sendiri Melayu.. I love being Melayu.. sigh..


Saturday, May 15, 2010

Apakah Melayu akan terus Melayu

Pecah, pecah, pecah… sampai bilakah kita akan terus berpecah. Perpecahan umat Melayu Islam sudah sampai ke akar umbi. Mutakhir, kerabat diraja dilanda dengan perpecahan yang membawa kebimbangan patik. Ia turut terbawa-bawa dengan pakar-pakar perubatan yang terlibat. Sebagai pacal yang hina dan rakyat jelata, izinkan patik menyorot sedikit fenomena nasib Melayu di bumi Melayu. Apakah petanda ini menunjukkan bahawa kita sudah tidak mampu bertahan lagi. Harap dijauhkan oleh Allah SWT.

Dalam aspek apa pun, kita bermasalah. Politik, asyik berpecah. Politik UMNO/BN hanya menguntungkan orang-orang bukan Melayu sahaja. Apa sahaja yang ada nama Melayu menjadi idaman pemimpin-pemimpin Melayu boneka itu untuk diambil dan diserahkan kepada bukan Melayu. Contohnya terlalu mudah. Tanah rizab melayu hampir semuanya diambil dan dibangunkan untuk pembangunan hinggakan orang-orang Melayu jadi merempat di bumi sendiri, kerana tanah dah jadi milik orang. Itulah penangan UMNO. Parti yang kononnya memperjuangkan melayu! Sebab itulah makin hari, orang-orang melayu menjadi semakin layu, layu kerana berketuakan pengkhianat Melayu!


Akibat pengkhianat-pengkhianat Melayu itulah, ekonomi oarang-orang Melayu semakin hari semakin lemah. Kuota peruntukan untuk bumiputera melayu diserahkan oleh pemimpin-pemimpin Umno itu kepada bukan melayu seperti LIM keng yaik, limg liong sik, ananda krishnan, samy vellu dan lain-lain bumiputera yang di-iktiraf UMNO. Oleh itu ekonomi orang-orang Melayu semakin hari semakin lemah. sehingga kini hanya terdapat lapan orang Melayu sahaja yang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita ini.


Pemilikan ekuiti bumiputera yang disasarkan untuk mencapai 30 peratus dalam DEB gagal dicapai kerana penyelewengan oleh pemimpin-pemimpin UMNo yang menjadi pengkhianat bangsa Melayu. Oleh sebab itulah kita orang-orang Melayu gagal, masih pada tahap di bawah 20 peratus. Tetapi pemimpin-pemimpin UMNo kita pula makin hari makin kaya, mereka hidup dengan caranya yang terlalu kaya. Hinggakan lupa rakyat jelata yang menderita dan hidup sengsara akibat kenaikan harga barangan pada setiap masa. tetapi bagi pemimpin-pemimpin UMNO yang dipuncak kuasa, sekiranya mereka menghadapi masalah, senang sahaja caranya.

Caranya ialah menaikkan harga barangan apa sahaja setiap masa ikut kehendak hati mereka tanpa mengira masalah rakyat jelata. Maklumlah mereka dah kaya. Kenaikan harga barangan bagi mereka tidak menjadi apa-apa. apatah lagi mereka yang berada dipuncak kuasa yang mendapat segala-galanya dengan percuma. Yang kesianya, yang sengsaranya akaibat kenaikan harga ilah kita semua, bukannya mereka.


Mereka pemimpin-pemimpin UMNO itu lupa memandang ke bawah bak kata pepatah, bila pandang ke langit, sudah lupa bumi yang dipijak.ataupun mungkin memandang kita semua hanya sebagai hamba mereka sahaja, yang akan mengikut dan patuh kepada apa sahaja perintah dan kehendak mereka!


Dalam bidang sosial pula, kita orang-orang Melayu dilanda dengan pelbagai gejala sosial yang begitu menakutkan. Saya amat yakin sebahagian besar anak luar nikah yang dibuang dan dibunuh adalah dari kalangan kita, dari kalangan orang-orang melayu! Contohnya pada tahun 2009 sahaja, hampir 20 ribu anak luar nikah Islam dilahirkan dan didaftarkan.


Apatah lagi sekiranya kita hendak mengira anak-anak melayu kita yang menagih dadah, berada di pusat pemulihan, di penjara dan berbagai tempat maksiat yang tidak senonoh dan gejala-gejala lain yang kita sedia maklum seperti tidak solat, merempit, pergaulan bebas, liwat, hasad dengki, bercerai dan sebagainya. Kenapa ini semua terjadi? Kenapa?

Ini adalah kerana pengkhianat-pengkhianat bangsa melayu kita ini merancang pelabagai aktiviti untuk merosakkan bangsa melayu kita ini dengan pelbagai jenis hiburan yang menjolok mata, tidak kira waktu dan ketika dan pada masa menjauhkan anak-anak muda kita, orang-orang melayu kita dari program-program yang mendekatkan anak-anak muda kearah kehidupan yang dituntut oleh Islam. Oleh itu hancur dan rosaklah akhlak anak-anak bangsa kita. Sebab itu kita setiap hari mendengar bermacam-macam gejala sosial yang melanda negara kita dipelbagai media massa.

Yang hairannya, pemimpin-pemimpin UMNO kita itu memandang semua masalah seperti minum arak, judi, zina, baung bayi, dadah dan lain-lain itu dengan hanya sebelah mata. Sebab itu masalah-masalah tadi makin berterusan dan makin teruk dari semasa kesemasa. Itualh sifatnya pemimpin-pemimpin UMNO kita yang hanya tahu untuk menjadi makin kaya, kaya, kaya dan terus kekal dipuncak kuasa. Mereka hanya berkata, masalah sosial itu adalah saalah ibu bapa, bukannya kerabna kesilapan atau kesaalahan mereka. yang salah, yang silap bagi pemimpin-pemimpin UMNo itu, ialah kita, bukannya mereka.

Oleh sebab itu setelah ditolak dan dicampur, berapalah jumlah sebenarnya bilanga oarang-orang melayu, umat Islam yang baik dan berkualiti untuk mentukan nasib anak bangsa dan negara kia yang tercinta ini.

Masih tidak sedarkah lagi pemimpin-pemimpin UMNo itu yang ekonomi orang-orang melayu ini lemah? kalau begitu apa gunanya kuasa politik yang ada ditangan pemimpin-pemimpin mealyu itu, pemimpin-pemimpin Umno itu. Dahlah ekonomi orang-orang Melayu kita lemah, back up politik pun tak ada dan tambah teruk lagi dengan gejala-gejala sosial.


Kita orang-orang melayu ini dari pelabagi segi adalah lemah, sama ada dari segi politik, sosial, ekonomi atau apa n sahaja bidang itu, kita orang-orang melayu ni adalah lemah. Kita lemah atas bawah, pandang depan, pandang belakang, kiri dan kanan semuanya ;emah dan mengecewakan. Tidak ada satu sudut pun yang dapat menunjukkan bahawa orang-orang melayu kita ini kuat. Perkara ini terjadi kerana kelemahan pimpinan UMNo untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu! sebab itu kita orang-orang melayu hilang satu persatu hak-hak ayng kita milikki. Hilang yang tak mungkin kembali melainkan dengan terkuburnya UMNO. Ini adalah kerana UMNO itu adalah pengkhianat bangsa bahklan pengkhianat negara.

Kalau dulunya kita lihat semangat orang=orang Melayu tkita ni begitu kuat menentang penjajahan. Mereka berusaha sedaya upaya mereka untuk menghalau orang asing yang menjajah mereka. Pejuang-pejuang melayu kita ketika itu sanggup gugur dan ada yang syahid di medan perang. Tetapi kini., oarang-orang Melayu kita membiarkan hak-hak kita, milik kita hilang satu persatu! Kononnya demi untuk perpaduan dan perkongsian kuasa. tetapi hakikatnya untuk memeras kekayaan dari rakyat jelata, tidak kira kaum, tidak kira bangsa dan tidak kira agama. Terfikir saya, ke manakah hilangnya kekuatan orang-orang melayu kita? Apakah hari ini semangat orang-orang Melayu kita dah pun hilang?

Apakah kita sengaja membiarkan ia hilang atau ada perkara lain yang masih belum kita ketahui?

Ini menjadikan saya teringat protokol Yahudi Zionis yang mahu menghancurkan Islam melalui pelbagai perancangan dan perencanaan mereka. Saya pernah terbaca Resolusi Mesyuarat Cendekiawan Zionis di Brussels, Switzerland tahun 1897. Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk menakluk dunia dari pelbagai sudut. Sehingga kini, mereka tidak pernah putus asa untuk menguasai dunia, bermula dengan menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan NGO antarabangsa. Dengan cara itu mereka dapat menguasai ekonomi, politik, kewangan, sosial, agama dan semuanya seperti yang dirancangkan. Tidak ada satu pun sejarah besar dunia yang tiada kaitan dengan Yahudi. Sejarah dan bukti kini menceritakan segala-galanya.

Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang lain hamba mereka.

Berikut saya ringkaskan 24 protokol Yahudi untuk tatapan semua. Mudah-mudahan kita dapat memperbetulkan diri untuk melihat di manakah kedudukan kita sebenarnya. Apakah kita benar-benar telah menari di atas rentak yang telah dimainkan oleh Yahudi agar kita menjadi lemah dan layu supaya kita dikuasainya.

Protokol Yahudi berpegang kepada sebaik-baiknya memerintah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. Siapa kuat dia dapat. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak dan disokong oleh mereka. Justeru itu, mereka akan mencari pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral, tetapi pandai bercakap walaupun tidak pandai mentadbir tak mengapa. Itulah matlamat mereka, matlamat Yahudi.

Matlamat mesti menghalalkan cara. Yahudi akan cuba mempengaruhi negara-negara lain untuk mengikut telunjuknya melalui bantuan-bantuan yang diberikan. Nilai satu nyawa Yahudi bersamaan seribu nyawa orang lain. Caranya dengan memporak-perandakan negara lain terutama kalangan negara Islam. Umat Islam hidup akan dididik dan diasuh supaya berada dalam keadaan nafsu-nafsi., masing-masing hanya jaga periuk nasi sendiri.

Yahudi juga akan cuba menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati mereka prinsip ketuhanan dan jihad serta menggantikannya dengan ilmu sekular serta lain-lain keperluan duniawi. Itulah yang terjadi dinegara kita ini. Semuanya mengikut perancangan Yahudi. dan pemimpin-pemimpin UMNO lah yang menjadi alatnya.

Bagi bangsa Yahudi, sekiranya ada di kalangan bangsa lain cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka Yahudi mestilah menyekat mereka dengan pelbagai cara seperti menimbulkan syak wasangka dan perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Iran adalah contoh terbaik sasaran Yahudi hari ini. Yahudi sedaya upaya cuba menghapuskan Iran. Begitu juga mereka yang menjadi duri dalam daging.

Bagi memastikan matlamat Yahudi ini tercapai, maka mereka bertindak memusnahkan perusahaan bangsa lain, iaitu melalui cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat suka kepada maksiat (kejahatan) dan meminum arak di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan golongan terpelajar dari kalangan bangsa lain. Kita lihat semua teknologi terkini dikuasai Yahudi, kita hanya menjadi penonton dan pengguna. Apa yang berlaku di Iraq dan Timur Tengah adalah contoh yang terbaik. Begitu juga apa yang terjadi dinegara kita ini, makin lama makin teruk. Itulah buktinya. sebab itu makin lama, semakin jauh kita ditinggalkan oleh negara-negara jiran dan negara serantau ini. terutamanya selepas era Mahathir!


Penentangan

Orang-orang Yahudi akan menabur fitnah supaya timbul keraguan, kekacauan, pertelagahan dan permusuhan sesama sendiri. Bila timbul penentangan terhadap Yahudi, maka Yahudi mengambil kesempatan dengan menyambutnya melalui ancaman kacau bilau dan peperangan secara total di seluruh dunia.

Pemerintah Yahudi dikelilingi oleh segolongan besar pakar-pakar ekonomi dan orang Yahudi sendiri dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan. Yahudi akan membawa masuk racun 'liberalisme' ke dalam negara-negara lain supaya menggugat kestabilan politik mereka. Pilihan raya diatur supaya dapat memberi laluan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat mewakili mereka sebagai ejen Yahudi dalam melaksanakan rancangannya. Apakah kemunculan pakatan parti ultra ada kaitan? Sama-sama kita fikirkan.

Penguasaan media antarabangsa dengan propaganda tertentu digunakan sewenang-wenangnya hari ini atas dasar kebebasan atau hak asasi manusia. Kalau bangsa lain diberikan permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat dunia agar menyebelahi propaganda Yahudi.

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi bertindak menghapuskan golongan korporat dari kalangan bangsa lain, di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan, kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka.

Untuk mengalih perhatian mereka daripada memikirkan persoalan politik, maka ejen Yahudi akan membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan yang melalaikan, seks bebas, filem dan bahan pornografi, sukan, pesta dan sebagainya, sehingga mengalpakan kita daripada agama. Apabila mendapat kekuasaan, Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Tidakkah apa yang berlaku di Palestin menjadi pengajaran kepada kita?

Selain itu, Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa lain dengan kadar faedah yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bangsa lain akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Saya teringat cerita Cina dahulu kala antara Mencius dan anak muridnya. Anak murid ini mahu menguji kepandaian gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya. "Adakah burung di tangannya itu hidup atau mati?" Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya kata mati, dia akan longgarkan genggamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa jua jawapan gurunya tetap salah. Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru itu menjawab dengan selamba, "masa depan burung itu terletak di tangan kamu".

Pengajarannya, masa depan anak bangsa negara kita terletak di tangan kita. Marilah kita realisasikan kata-kata Mencius ini, tell me, I will forget. Show me, I may remember. Involve me, I will understand. Hari ini tidak kira, apa jua ideologi dan latar belakang kita, maruah agama, bangsa dan negara mesti diselamatkan daripada tangan-tangan yang cuba menghancurkan kesucian.

Saturday, May 1, 2010


Kembalikan kekuatan Melayu, bangkitlah untuk kekuatan Melayu

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang trend pengundian dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Dari awal-awal lagi saya sudah menjangkakan fenomena ini.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa BN kehilangan sokongan bukan Melayu. Trend ini bukanlah suatu yang baru atau pelik, tetapi telah berlaku sejak dahulu lagi. Bila Melayu bertanding di kawasan bukan Melayu, Melayu akan kalah. Manakala bila bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu misalnya MCA dan Gerakan, bukan Melayu akan menang.


Terus terang saya katakan dari segi keterbukaan, orang Melayu memang tidak ragu-ragu untuk mengundi bukan Melayu. Namun, belum tentu orang-orang bukan Melayu sanggup mengundi Melayu. Jadi, sSiapakah yang lebih terbuka sebenarnya?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Melayu atau bukan Melayu? Saya tidak katakan semua bukan Melayu bersikap sedemikian. Dengan sebab itu, dalam apa jua aspek berkaitan dengan Melayu, kita gagal untuk memperkasakannya kerana kita tidak mempunyai rakan setia. Orang-orang Melayu kita kadangkala mengambil sikap menikam orang-orang Melayu dari belakang. Salah siapa?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Sememangnya UMNO diperalatkan untuk mencapai kepentingan kelompok-kelompok tertentu untuk mendapatkan lebih banyak lagi apa yang telah mereka dapat. Ini adalah kerana UMno mendapat kepercayaan orang-orang Melayu kerana mempercayai tujuannya dalah untuk membela dan menjaga kepentingan Melayu. Tetpi apa yang telah berlaku selama lebih dari 50 tahun adalah sebaliknya, dimana UMNo telah diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang rakus dan tamak untuk menjahanamkan bangsa melayu, menghapuskan bangsa melayu dan menjadikan bangsa melayu tak bermaruah.


Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Oleh itu sedarlah orang-orang Melayu, sekiranya kita terus memberikan sokongan kepada UMNo, kita akan menjadi semakin lemah dan pupus dibumi sendiri. Walaupun kita tidak akan lari dari bumi ini, teyapi kita kan membenci keapada diri sendiri, membenci bangsa melayu dan sama-sama memperjuangkan apa sahaja identiti melayu yang ada sama seperti UMNO itu jika kita tak berjuangkan hak kita, maruah kita dan segala-galanya yang sememangnya hak kita. Jika bukan kita, siapa lagi akan memperjuangkan hak kita.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Janganlah lagi kita terus rela menjadi mangsa mereka yang tamak haloba yang akan menghancur dan memusnahkan hak bangsa kita. Berjuanglah, berjuanglah, berjuanglah, Bangkitlah bangsaku, bangkit, bangkit! masa kita sudah tiada, hanya itu yang kita ada, walaupun sedikit cuma. Berjuanglah. Bangkitlah. Tuntultah hak kita. Hapuskan UMNO. itulah satu-satunya cara menyelamatkan bangsa kita! Tiada lain cara. Hanya itu sahaja cara-caranya. Hanya itu sahaja caranya.


Khalim Sakib
dah nasib melayu...
dagang pak malau, dagang bertempat..
dagang pak malau moden, dagang merempat..

sokong UMNO, habislah kita orang-orang melayu
sokong UMNO, hilanglah melayu dari dunia
habis, habis musnah, rosak segala-galanya apa yang kita ada
hanya semata-mata untuk pemimpin-pemimpin kita
pemimpin-pemimpin UMno menjadi lebih kaya, kaya, kaya
Yesterday at 12:01pm

Shaqban Kamaldin
di mana melayu merempat
di situ la umno sgt2 kUAT
Yesterday at 12:03pm ·


Friday, April 16, 2010

Kunta-Kinte Original: Melayu tak boleh tolak ansur hal-ehwal Islam


2010/04/16

MINGGU ini, Kunta Kinte nak cakap sikit lagi mengenai orang Melayu yang selalu sangat tolak ansur atau disuruh tolak ansur sampai rugikan bangsa sendiri. Kunta Kinte bukan kata orang Melayu kena jadi perkauman tapi fikirlah dulu bila hendak bertolak ansur.


Apa lagilah kalau tolak ansur itu babitkan hal agama. Ini orang Melayu kena ingat kerana bila kita cakap hal Melayu, sikit atau banyak kita mesti cakap hal agama Islam juga sebab orang Melayu itu sewajibnya Islam.


Sedihnya sekarang, dah tak jadi macam itu. Ramai orang Melayu malas berfikir, tak tahu berfikir dan lepas itu takut atau malas bersuara. Dengan bangsa sendiri pun tak mahu bersuara apatah lagilah dengan kaum lain.
aduhai bangsaku, mungkinkah bangsaku akan lenyap dan hilang didunia ini! terus hilang tanpa jejak, tanpa nisan!


Ada orang Melayu yang malu mengaku Melayu sebab mereka sudah berjaya. Mereka malu dikaitkan dengan bangsa Melayu sebab ramai lagi saudara sebangsa mereka yang miskin dan daif. Tetapi mereka lupa, yang orang-orang Melayu yang sudah berjaya macam merekalah yang menyebabkan orang-orang Melayu yang lainnya terus kekal miskin dan daif.


Ada pula yang hanya nak jadi Muslim dan tolak identiti bangsa kononnya sayang kepada bangsa, utamakan bangsa dan perjuangan hak bangsa adalah bercanggah dengan Islam. Ada juga yang mengaku Muslim dan Melayu tapi dalam rumah ada tempat hidang arak dan bilik khas simpan arak. Bolehkah kita harapkan golongan ini menjaga kepentingan bangsa atau golongan inilah yang menyebabkan kemusnahan bangsa?


Kalau Jamil Khir betul-betul jaga hal-ehwal agama Islam dan pakar dalam hal agama, dia wajib bagi nasihat dan pandangan yang betul kepada Perdana Menteri. Jangan jadi menteri agama ‘ya tuan’.


Islam adalah agama Persekutuan Malaysia dan majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Jadi eloklah apa-apa pun urusan, rundingan atau konsultasi antara agama dipimpin seorang Islam. Bukan Islam pada nama, tapi Islam pada ilmu dan amalan.

Tak kiralah apa bidang kuasa jawatankuasa itu, tapi yang wakili Islam itu wajiblah pakar dalam hal-ehwal agama dan ada kewibawaan.


Jangan fikir jawatankuasa perundingan antara agama yang dianggotai oleh orang tak ternama atau orang tak berkuasa tak penting. Pandangan mereka masih boleh pengaruhi Kabinet kerana dalam Kabinet bukan semuanya Islam dan yang Islam pun, bukan semuanya betul-betul tahu mengenai Islam. Kalau ada yang betul-betul tahu dan faham mengenai Islam pun, mereka itu terlalu takut untuk bersuara untuk menyatkan apa yang benar dan apa yang tidak benar!


Oleh itu orang-orang Melayu dan umat Islam Malaysia kena balik berfikir semula, kalau tidak maruah dan dot, dot, dot. kita menjadi tercalar, tercemar dan ....


Tuesday, April 13, 2010

Benarkah Orang Melayu hilang semangat juang?
- Sedikit pindaan dari tulisan asal A. AZIZI DERAMAN

Benarkah bangsa Melayu sudah hilang idealisme perjuangan? Beberapa rakan penulis mendakwa mereka sudah tidak terasa adanya idealisme asal sekukuh perjuangan ketika menuntut kemerdekaan atau pengisiannya sehingga akhir 1990-an.

Menjelang 2000 dan memasuki dekad pertama abad ke-21, Melayu dikatakan lebih gemar melayani perasaan permusuhan, suka berpecah belah, bersekongkol dengan puak yang tidak sehaluan dalam perjuangan politik bangsa Melayu dan membiarkan golongan minoriti bukan Melayu menguasai pemikiran politik.


Golongan korporat dalam politik dikatakan lebih banyak memperhitungkan untung rugi, faedah perniagaan, kontrak dan tender. Mereka itu tidak mempedulikan Islam yang dipermainkan orang, syariat Allah dipersendakan, bahasa negara diketepikan, sastera tidak dihayati, nasib bangsanya yang kebanyakkan berada dibawah garis kemiskinan dan sebagainya. Pedih atau tidak tanggapan itu terserah sahaja, sebab siapa yang makan lada dia rasa pedasnya.



Semasa Wacana 153 di kampus UiTM pada 15 Mac lalu, ada pandangan berbau kritikan membina tentang sikap dan tabiat bangsa Melayu. Melayu dikatakan kacang lupakan kulit, Melayu tidak memahami hakikat sejarah, generasi muda Melayu kurang ilmu pengetahuan sehingga daya pemikiran dan artikulasi berhujah menjadi lemah, Melayu hanya tahu sebut 1Malaysia, tetapi tidak mengerti isi dan semangatnya. Melayu bagaikan ‘Malu Jadi Melayu’.



SESUNGGUHNYA BANGSA MELAYU MASIH KETINGGALAN!


Sesungguhnya bangsa Melayu dan bumiputera masih ketinggalan, lemah dan berhadapan dengan dilema kehidupan ekonomi, pendidikan, kemajuan sosial, produktiviti, kerjaya, pekerjaan, pendapatan rendah, miskin dan dot, dot, dot.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Soalnya kenapa idealisme perjuangan, muafakat dan cita-cita politik orang-orang Melayu begitu lemah sekali, mudah dipukuk dan mudah ditipu? Melayu sepatutnya tidak lagi tertipu dengan sorak sorai dan janji-janji yang tidak membawa mereka ke mana atau terjebak dengan laungan kerakusan kuasa individu tertentu, kerakusan kuasa dan tamak haloba PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO!

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Tetapi hakikatnya orang-orang Melayu begitu mudah terpedaya dengan godaan, pujukan dan rayuan pemimpin-pemimpin UMno yang kononnya memperjuangkan kepentingan bangsa. Sedangkan realitinya pemimpin-pemimpin UMNo memperjuangkan kepentingan mereka bukannya kepentingan kita! Ianya begitu nyata dan contohnya anda dapat baca dalam pelbagi blog yang disediakan untuk anda. sila click VIEW MY PROFILE" pastilah anda dapat melihat pelbagai tajuk ada tersedia!

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Pemimpin-pemimpin UMno asyik menyuruh kita bertolak angsur dan bertimbangrasa. Kononnya atas nama perpaduan dan juga atas konsep 1 Malaysia. Kita bukannya menolak perpaduan yang dianjurkan oleh UMNo iti tetapi apa yang kita mahu ialah perpaduan yang bersandarkan persamaan-persamaan bukannya perbezaan yang dibiarkan terus menerus memecahbelahkan kesatuan sosial seperti yang diamalkan oeh UMno dan BN itu. Persoalan politik seharusnya tidak dijawab dengan tindakan melebarkan lagi jurang perbezaan antara kaum sebagaimana kelaziman UMNO kerana memenuhi tuntutan perkauman yang ternyata di manipulasi oleh pemimpin-pemimpin MIC dan MCA.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat


Oleh itu, jurang perpisahan mestilah dirapatkan dan dasar-dasar yang adil untuk semua rakyat digubal tanpa mengira perkauman dan tidak. sepatutnya isu-isu perkauman digunakan sebagai asas untuk terus mengekalkan kekuasaan.


Oleh itu pelaksanaan dasar dalam pelbagai bidang kehidupan hendaklah diselaraskan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Maka penstrukturan semula agensi, institusi dan organisasi harus dan mesti dilakukan, untuk menempatkan mereka yang faham dengan cita-cita bangsa, yang komited kepada perjuangan bangsa dan negara untuk mengepalai agensi-agensi tadi, bukannya menjadi wakil orang-orang ada kepentingan untuk mereka jadi makin kaya dan rakyat semakin derita, rakyat semakin sengsara.


Selaras dengan pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB), rakyat mengharapkan kekalnya matlamat yang sama. Mungkin pendekatan dan strategi baru yang dicari sesuai dengan perubahan masa dan manusia. Apalagi mengingatkan bahawa Gagasan 1Malaysia itu dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, suatu idealisme yang patut dilaksanakan sepenuh hati bukannya hanya setakat slogan atau bertentangan dengannya.


Aspirasi perpaduan sebagaimana digariskan melalui 1Malaysia itu berlandaskan penerimaan antara semua kaum, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan keadilan sosial. Rakyat dari semua etnik dan suku bangsa sebenarnya sudah pun memahami dan mengamalkan konsep ini sejak dari dahulu lagi sebelum konsep ini diwartakan lagi. Ianya sudahpun jadi budaya kita rakyat Malaysia. Cuma kalau ada sedikit perselisihan atau pun pertelingkahan, itu adalah kerana permainan politik parti-parti yang ingin mengekalkan kuasa!


Oleh itu diharapkan tidak ada mana-mana pihak yang akan menyalahgunakan konsep 1Malaysia ini untuk kepentingan politik mereka. Inilah yang ditakuti, kerana selama ini banyak slogan, banyak motto, banyak program yang namanya cukup baik, cukup hebat tetapi disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan politik dan untuk memperkayakan diri sendiri dan memperkayakan kroni!

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Masih perlukan tongkat

Ada golongan yang berfikiran ortodoks atau konservatif. Bagi mereka ketahanan dan pertahanan negara bangsa ini semestinya berteraskan Perlembagaan. Tonggak-tonggak utamanya mesti dipertahankan. Kadang-kadang ianya kelihatan terlalu retorik, tanpa pelaksanaan. Tetapi sebenarnya jika mahu, boleh dilakukan banyak institusi peradaban dan pemikiran untuk pengukuhan tonggak-tonggak tadi.

Bangsa Melayu sepatutnya melihat tonggak-tonggak tadi sebagai khazanah yang progresif, bukannya bersikap konservatif tetapi dinamik dalam konteks sejarah silam dan sejarah peradaban Malaysia akan datang.


Di kalangan kepimpinan politik, ada yang menaruh keyakinan Melayu akan berubah dalam suasana politik pragmatik. Melayu mesti bebas dari segala ikatan tonggak kenegaraan yang menjadi milik asal mereka itu. Liberalisme dan globalisasi sudah patut merobah mereka, tanpa fikiran subsidi dan tidak perlu lagi ‘tongkat’ kehidupan khususnya dalam perlumbaan ekonomi dan pendidikan. Persoalannya betulkah ia akan membawa perubahan yang lebih baik kepada orang-orang Melayu atau pun hanya akan menyebabkan kekalutan politik dan sosio-ekonomi negara kita?


Meritokrasi terbuka secara bebas. Perkara 153 misalnya dianggapkan tongkat dan hak itu dikatakan patut ditarik balik. Idealisme asal semangat Perlembagaan tidak ada di hati mereka. Mereka lupa, bahawa tonggak-tonggak tadi bukan lagi bersifat mempertahankan isu Melayu, tetapi hak negara.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Dalam suasana persekitaran liberal seperti Malaysia, logiknya Melayu dan bumiputera masih memerlukan tongkat, agar pembentukan dasar dinaungi tuntutan perundangan. Apabila mereka sudah duduk sama rendah, berdiri, sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain, barulah tongkat itu tidak perlukan lagi, boleh dilepaskan.

Tetapi sayangnya bangsa kita juga yang menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan kedudukan sebagai pemimpin bangsa dan sebagai pemimpin negara menyalahgunakan peruntukan itu untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Kini timbul pula tanggapan yang percaya kita sudah matang dengan demokrasi. Di serata dunia pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan hak asasi dan kebebasan, meskipun tanpa batas. Malaysia pula sebahagian daripada perubahan dunia global tadi. Jadi tidak hairanlah gerakan-gerakan sedemikian mula menular. Pengaruh Barat mencakar minda rakyat Malaysia untuk kesamarataan, suatu konsep yang menyimpang dari keadilan.


Politik Melayu sudah meninggalkan pengkalan, tetapi kita tidak mahu terjadi seperti Amerika Syarikat. Rakyat berkulit putih yang diklasifikasikan sebagai Anglo-Saxon Barat (Western Anglo Saxon) berkuasa mendefinisikan jutaan lagi manusia bukan berkulit putih.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat



Amerika dan Barat mudah berselindung di sebalik demokrasi, liberalisasi dan globalisasi. Ada tanda-tanda hal yang sama akan berlaku kepada Malaysia, jika pengaruh Yahudi itu memasuki minda politik puak tertentu.


Seharusnya secara konsisten rakyat Malaysia itu mesti mempertahankan Perlembagaan. Malah nilai-nilai budaya lokal pun, kerana keunikan Melayu-Islam itu dan kepelbagaian kita, boleh kita pasarkan sebagai nilai-nilai global.


Kita pula boleh mengambil yang terbaik dari sesuatu yang asing tetapi dengan saringan bijaksana. Dengan cara itu kita tidak jadi bingung atau dibingungkan di persimpangan antara idealisme perjuangan dengan kepentingan yang datangnya dari sumber yang asalnya vakum peradaban.


Friday, April 9, 2010

MELAYU MUDAH LUPA

MASIHKAH ANDA INGAT yang perwakilan parti MIC pernah menghina mantan Perdana Menteri. Sesungguhnya, ucapan perwakilan MIC Paya Besar, M. Sukumaran yang mencadangkan agar gambar Dr. Mahathir dikalung selipar sebagai melampau, biadap dan tidak boleh didiamkan.

MASIHKAH ANDA INGAT. HARAP-HARAP ORANG MELAYU TIDAK MUDAH LUPA!


APAKAH BENAR DR. MAHATHIR TIDAK BERBAKTI KEPADA KAUM INDIA?

Persoalan, apakah benar Dr. Mahathir tidak berbakti kepada kaum India seperti yang didakwa oleh Samy? Sudah tentu jawapannya tidak benar. Ramai yang tahu bahawa di zaman kepimpinan beliaulah, peningkatan ekonomi dan sosial masyarakat India begitu ketara.

Makin ramai orang India berjaya dalam pelbagai bidang profesional antaranya guaman dan perubatan. Rumah ibadat untuk kaum India juga tumbuh bagai kan cendawan selepas hujan. Namun kerajaan tidak boleh memuaskan kehendak semua kaum. Jangan lupa bahawa lebih ramai orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin dan keciciran, jauh lebih besar jumlahnya seperti yang disahkan menerusi Laporan UNDP.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Awang sempat meneliti banyak keratan akhbar lampau. Satu demi satu Awang terbaca pujian Samy terhadap sumbangan Dr. Mahathir. ''MIC akan sentiasa mengenang jasa Dr. Mahathir," itulah antara kenyataan beliau pada 2003 berhubung campur tangan Dr. Mahathir ketika itu bagi menyelesaikan isu gaji bulanan pekerja ladang dan membina semula sekolah Tamil yang usang.

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Sepanjang menjadi Menteri kabinet, semua orang tahu bagaimana Samy selalu dipertahankan oleh Dr. Mahathir dalam isu-isu tertentu, walaupun ramai mencebik muka tanda tidak setuju. Strategi Mahathir memperkasakan Samy juga boleh dilihat sebagai tanda beliau menyokong MIC dan masyarakat India.

Ramai juga yang senyum sinis apabila melihat aksi Samy yang kerap menyuap juadah ke mulut Dr. Mahathir pada majlis perayaan dan mengalungkan bunga malai termasuk pada setiap kali malam keputusan pilihan raya umum. Apakah Samy sudah menjadi kacang lupakan kulit bahkan sengaja menafikan sumbangan Dr. Mahathir?

Shaqban Kamaldin

di mana umno sgt2 kUAT
di situ la melayu merempat

Tetapi Samy belum terlewat. Pintu kemaafan masih terbuka. Sewajarnya beliau menemui negarawan itu meskipun Dr. Mahathir telah mengulangi kritikannya kelmarin dengan menyatakan Samy menjadi liabiliti kepada BN. Setidak-tidaknya apabila Samy bersara, beliau akan dihormati oleh ahli-ahli parti komponen BN. Jangan lupa Samy lebih banyak musuh terutama dalam politik MIC itu sendiri dan karisma serta jasa beliau tidaklah sebesar apa yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir.



- Awang Selamat 20/09/2009 UTUSAN MALAYSIA

Thursday, April 8, 2010

RENCANA UTUSAN MALAYSIA 9 April 2010 / 24 Rabiul Akhir 1431

Berhujah, berjuang tentang hak Melayu

Berkeris tajam berlidah petah
Memiliki pula emas tempawan
Sempurnalah syarat untuk berhujah
Pertahankan warisan tergadai jangan

ANTARA pelbagai isu yang disentuh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan mesyuarat agung pertama Perkasa di Dewan Tun Razak 1, PWTC 27 Mac lalu, pada hemat saya dua perkara perlu diberi perhatian khas. Pertama "pengakuan" (sindiran?) beliau bahawa "orang Melayu kurang pandai berhujah" untuk mempertahankan haknya.

Kedua, beliau menyarankan supaya satu kajian yang menyeluruh dilakukan untuk mengetahui kedudukan sebenar bangsa Melayu dari segi pemilikan harta dan sumber-sumber ekonomi serta kemudahan-kemudahan sosial yang lain.

Kata Tun Mahathir sebagaimana saya catat verbatim: "Marilah kita buat perhitungan (auditing) apa yang telah dimiliki oleh orang Melayu berbanding apa yang dimiliki oleh bukan Melayu. Kita buat satu study tentang kedudukan orang Melayu."

Mengenai kekurangan upaya orang Melayu untuk berhujah itu, dengan nada bergurau Tun Mahathir menyindir: "Kes (perbicaraan) mahkamah sesama orang Melayu pun kadang-kadang terpaksa bergantung kepada peguam-peguam bukan Melayu."

Secara tidak langsung beliau menyatakan bahawa dalam percaturan politik antara kaum di negara ini sekarang, bila ada pihak lain menuduh Melayu dengan pelbagai tuduhan, jawapan yang diberikan oleh orang Melayu terhadap tuduhan-tuduhan itu tidaklah begitu jitu.

Demikian pula, bila ada pihak-pihak tertentu yang membuat tuntutan-tuntutan yang "melampau dan biadab", reaksi orang Melayu lebih banyak diam dan bertolak angsur.

Walaun pun tidak disebut secara eksplisit oleh Tun Mahathir, pada pendapat saya adalah lebih menyayat (menjijikkan?) lagi bila di kalangan sesetengah "bijak pandai" Melayu sendiri sejak akhir-akhir ini sudah menjadi satu "kebanggaan" untuk mengutuk dan menggodam bangsa sendiri atau memperlekeh dasar-dasar tertentu yang dianggap menguntungkan Melayu tanpa pemahaman yang mendalam tentang latar belakang dan rasional dasar berkenaan.